Datuk Lee Chong Wei |
KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keenam Terbuka Indonesia selepas menewaskan Jan O Jorgensen dari Denmark 17-21, 21-19, 21-17 dalam aksi final di Stadium Istora Senayan, Jakarta, siang tadi.
Lebih manis, kejuaraan itu membolehkan Chong Wei kembali bergelar pemain nombor satu dunia dengan bergaya – merampas status itu daripada bintang China, Chen Long yang menarik diri di pusingan pertama.
Kejayaan di Jakarta juga menyaksikan Chong Wei menyamai rekod dua legenda badminton Indonesia, Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata yang meraih enam gelaran Terbuka Indonesia.
Pemain berusia 34 tahun itu akan meneruskan misi untuk mengukuhkan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dengan beraksi di Terbuka Australia yang bermula Selasa ini – kejohanan terakhir sebelum dia fokus terhadap persiapannya bagi menghadapi Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil, Ogos depan.
Sumber: Berita Harian