SEBELUM ini Kamal Adli ada mengatakan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan Emma Maembong dan cuma menunggu restu dari ayah Emma.
Namun sehingga kini, hubungan mereka dikatakan masih lagi tidak mempunyai hala tuju.
Ada pihak yang mendakwa Emma kelihatan seperti bermain tarik tali dan sengaja mahu menyembunyikan hubungannya bersama Kamal.
Namun menurut Emma, dia dan Kamal sama seperti pasangan lain yang masih dalam proses mengenali hati budi satu sama lain.
“Ada pihak tidak faham dan menghentam kerana rasa kami tidak serius merancang masa depan.
“Ada juga yang mempertikaikan kenapa saya seakan-akan bermain tarik tali.
“Sebenarnya kami juga seperti pasangan yang lain, kami juga mahu mengenali insan yang dicintai lebih mendalam. Proses itu memakan masa,” kata Emma kepada BH Online.
Tambah Emma, dia tidak mahu terlalu hanyut dalam hubungan cinta sehingga menyebabkan jiwa melara apabila hubungan putus di tengah jalan.
Dia juga kini lebih berhati-hati kerana pengalaman cinta lalu. – Kedahnews.com