Gambar Hiasan |
JOHOR BAHRU - Jeritan seorang wanita menyelamatkan seorang budak perempuan prasekolah daripada dicabul seorang lelaki di Taman Kota Jaya dekat Kota Tinggi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, wanita berkenaan yang berada di dapur rumahnya, ternampak lelaki itu bersama budak perempuan memberhentikan motosikalnya di belakang rumahnya.
"Wanita itu dengan jelas melihat suspek membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya, sebelum menarik baju prasekolah kanak-kanak berkenaan.
“Terkejut melihat kejadian itu, wanita berkenaan menjerit sekuat hati sambil mengetuk cermin tingkap menyebabkan suspek terperanjat dan memecut motosikal meninggalkan kawasan itu," katanya.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata wanita itu yang tidak puas hati, membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Kota Tinggi pada 10.45 pagi hari ini.
Rahmat berkata kanak-kanak perempuan enam tahun itu sudah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk pemeriksaan.
Menurutnya, berkata identiti suspek sudah dikenal pasti dan polis akan mengambil tindakan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau antara dua hukuman itu jika sabit kesalahan.
Sumber: myMetro