SEKINCHAN - DAP akhirnya mengaku bahawa papan iklan berbentuk provokasi yang dilihat berada di sekitar pekan Sekinchan, pada Rabu, dipasang oleh parti itu.
Pengakuan itu dibuat Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad pada pagi Khamis.
Bagaimanapun, kata Khalid, DAP bersama Pakatan Harapan tidak akan membuat permohonan maaf kepada Barisan Nasional (BN) atau individu tertentu berkaitan pemasangan papan iklan tersebut.
“Semalam saya keluarkan kenyataan, saya kata tak tahu (siapa pasang), memang saya tak tahu.
“Bila DAP mengaku menaikkan billboard itu, saya jumpa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pagi tadi (Khamis) dan bincang, kita setuju ia tidak akan dinaikkan lagi kerana dianggap provokasi, kami nak berkempen secara positif,” katanya kepada pemberita di pejabat DAP di sini, Khamis.
Beliau mengulas mengenai penafian yang dibuat Pakatan Harapan terhadap tiga papan iklan provokasi yang dinaikkan di pekan Sekinchan, pada Rabu, sebelum ia diturunkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sebelah petang.
Pua, tidak lama kemudian mengaku papan iklan itu dipasang oleh DAP.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Khalid berkata, salah satu sebab DAP menaikkan papan iklan itu adalah sebagai tanda ‘lepas geram’ masyarakat Tionghua terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang didakwa pernah mengeluarkan kenyataan rasis sebelum ini.
“Tony jelaskan bagaimana orang-orang Cina terpendam perasaan mereka terhadap Jamal yang masih tidak menarik balik kata-katanya yang dianggap melampau dan menghiris perasaan kaum Cina, selain dia tidak dikenakan tindakan.
“Mereka juga kecewa apabila sudah mengundi PAS sebelum ini tetapi sekarang mereka nak berbaik dengan Umno,” katanya.
Sumber: mStar