DAP Beri Jawatan Pada Bekas Pemimpin PAS Di Johor

Sheikh Omar Ali
KUALA LUMPUR – DAP Johor melantik bekas ahli PAS, Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya parti itu sebagai persediaan DAP Johor menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

DAP Johor dalam satu kenyataan media berkata, Sheikh Omar merupakan graduan pengajian Islam lulusan Universiti Malaya dan bekas pemimpon dan aktivis gerakan mahasiswa.

Beliau sebelum ini merupakan Penolong Setiausaha Publisisti DAP Johor dan Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

“Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Eksekutif kepada Sekretariat Pakatan Rakyat Pusat satu ketika dahulu. Beliau meninggalkan keahlian PAS dan memilih menyertai DAP pada 2015,” kata kenyataan itu hari ini.

DAP JOhor dalam pada itu memaklumkan, pelantikan Chen Kah Eng sebagai Penolong Setiausaha, George Poh (Bendahari), Ng Yak Howe (Setiausaha Organisasi) serta Yeo Tung Siong dan Ee Chin Li sebagai Penolong Setiausaha Organisasi.

DAP Johor kini diPengerusikan oleh Liew Chin Tong manakala Timbalan Pengerusi ialah Lim Eng Guan dan Setiausahanya, Ng Yak Howe. –Kedahnews.com