Datuk Seri Hasmiza Othman |
Beruntungnya jadi anak Datuk Seri Vida!
Masakan tidak, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya berminat untuk membeli nombor plat baharu yang dikeluarkan negeri Pahang iaitu VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta sport mewah, Bugatti Veyron yang menjadi impian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.
Memetik Malay Mail Online, Datuk Vida atau nama penuhnya, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata anaknya, Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu.
Berkelajuan maksimum 407 km/j dengan harga mencecah AS$3.6 juta (RM14.5 juta), kenderaan mewah itu hanya terdapat 150 unit sahaja di seluruh dunia.
“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan.
“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini unik dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya berkenaan bidaan nombor plat F1, Datuk Vida berkata nombor pendaftaran itu hampir pasti menjadi miliknya.
“Cukup saya katakan peluang (dapat) tinggi,” katanya.
Nombor pendaftaran kenderaan khas VIP 1 hingga VIP 9999 bakal diperkenalkan oleh Kerajaan Pahang bagi mengumpul dana promosi dan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan. –Kedahnews.com
Masakan tidak, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya berminat untuk membeli nombor plat baharu yang dikeluarkan negeri Pahang iaitu VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta sport mewah, Bugatti Veyron yang menjadi impian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.
Memetik Malay Mail Online, Datuk Vida atau nama penuhnya, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata anaknya, Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu.
Berkelajuan maksimum 407 km/j dengan harga mencecah AS$3.6 juta (RM14.5 juta), kenderaan mewah itu hanya terdapat 150 unit sahaja di seluruh dunia.
Bugatti Veyron |