Didie Alias Bengang Pelakon Baru Sombong, Tiada Adab

Didie Alias
PELAKON, pelawak dan pengacara, Didie Alias baru-baru ini meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap segelintir pelakon baharu yang sombong dan kurang beradab di set penggambaran.

Didie, 44, yang sudah berkecimpung berpuluh tahun lamanya dalam industri seni mendakwa banyak kali bekerjasama dengan pelakon baharu yang langsung enggan bertegur sapa hingga membuatkan hatinya terguris.

“Bukan sekali dua saya lalui perkara berkenaan sebaliknya banyak kali. Mereka (pelakon baharu) hanya duduk di set tanpa bertegur sapa. Ada yang hanya memegang telefon bimbit semata-mata mahu mengelak berbual dengan pelakon lain.

“Kalau dahulu, saya sebagai orang baharu akan cuba menegur dan beramah mesra dengan orang lama. Bukan kita mahu bekerja sekali itu sahaja, tentu perlu mengenali terlebih dahulu.

“Bukan buat ‘bodoh’ sahaja kemudian terus masuk dalam set seperti orang hebat sangat,” luah Didie kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Didie, ada juga pelakon baharu yang memberi alasan tidak munasabah bahawa mereka takut untuk menegur.

Oleh itu, Didie berharap pelakon baharu membuang ego masing-masing agar suasana janggal tidak wujud. –Kedahnews.com