GARA-gara memuat naik video dirinya sedang berubat dengan seorang pendakwah terkenal, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di laman Instagram, pelakon dan pengacara Neelofa teruk dihentam netizen.
Ini ekoran, ramai yang berpendapat video tersebut boleh mendatangkan fitnah kerana ketika proses ruqyah itu dilakukan kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Dalam pada itu, video tersebut turut menimbulkan persoalan peminatnya sama ada bintang kesayangan mereka itu terkena buatan orang.
Bagaimanapun, Neelofa tampil menafikan hal itu dan mendakwa hubungan keluarganya dengan pengamal perubatan Islam itu sememangnya rapat.
“Video itu tidak bermaksud apa-apa. Saya tidak terkena buatan orang (sihir) seperti mana yang difikirkan ramai.
“Hubungan keluarga saya dan ustaz (Haron Din) agak rapat. Malah, keluarga kami selalu berkunjung ke kediaman masing-masing.
“Jadi ia sudah menjadi kebiasaan buat kami sekeluarga untuk meminta khidmat kepakaran ustaz apabila beliau berkunjung ke rumah kami,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Neelofa, Haron Din yang juga mursyidul am PAS itu, selalu menyediakan air pendinding pada setiap kali mengadakan kunjungan ke rumahnya.
Dalam pada itu, jurucakap pusat perubatan Darussyifa yang didirikan oleh Haron Din turut menjelaskan rawatan yang dilakukan kepada pengacara Meletop itu.
“Memang terdapat kaedah meletakkan tangan di tempat sakit. Jika wanita hanya diletakkan di bahagian belakang sahaja namun tidak semua rawatan perlu menyentuh pesakit.
“Ayat ruqyah adalah ayat daripada sumber al-Quran yang digunakan dengan cara tersusun, amalan sunnah Rasulullah serta kaedah lain sebagai ikhtiar merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau rohani yang selaras dengan kehendak syarak,” katanya. –Kedahnews.com