“SUDAH berapa juzuk adik hafaz?” Dengan penuh bangga si budak tahfiz menjawab: “Sudah 23 juzuk pakcik.”
Mendengar jawapan itu, langsung pakcik yang bertanya melopong kagum. Kalau boleh mahu sahaja budak tahfiz ini dirangkul, dicium dan dijadikan menantu. Itulah senario biasa yang berlaku dalam hidup budak tahfiz. Mereka dipandang sebagai jelmaan malaikat di bumi. Saya sudah biasa mengalaminya sejak 23 dahulu.
Lain halnya pula jika si budak tahfiz ini bertemu dengan seorang hafiz sejati. Soalan si hafiz sejati akan berlapis-lapis. Bukan hanya terhenti setakat “berapa juzuk sudah dihafaz?”, tetapi disusuli dengan soalan kedua yang biasanya memuramkan wajah si budak tahfiz:
“Berapa juzuk yang masih kekal dalam ingatan atau mampu dibaca?”
Menghafaz al-Quran memang kerja mulia kerana masanya dihabiskan siang malam menghadap setiap patah ayat al-Quran. Apa lagi aktiviti yang lebih mulia berbanding menjamu mata dan lidah dengan kalam Allah ini. Sungguh! Menghafaz al-Quran bukan kerja mudah, tetapi menjaga hafazan jauh lebih sukar.
Setakat pemerhatian saya yang menghafaz al-Quran pada tahun 1993 di Institut Pengajian Tahfiz al-Quran (nama lama Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), budak tahfiz akan melalui dua tapisan yang disusun dalam jadual Allah.
Tapisan pertama
Terpilih menjadi pelajar tahfiz. Contohnya pada tahun 1993, saya bersama 40 calon lain dari seluruh Kelantan menghadiri temu duga pemilihan di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
Daripada keseluruhan calon, hanya empat orang diterima masuk. Perkara sama turut berlaku pada semua Ma’ahad Tahfiz lain di seluruh Malaysia. Pun begitu, perlu diketahui bahawa ia baru lulus tapisan pertama. Belum tentu bakal lulus dalam tapisan kedua yang jauh lebih kritikal.
Tapisan kedua
Pemilihan oleh Allah untuk kekal menjaga hafazan 30 juzuk sehingga ke akhir hayat. Ternyata ramai yang gagal atau belum lulus dalam tapisan ini. Ramai sekali budak tahfiz yang lupa hafazannya selepas meninggalkan pusat pengajian tahfiz.
Firman Allah ini sangat sesuai menggambarkan perjuangan budak tahfiz dalam menjaga hafazannya:
Bagi budak tahfiz yang masih berjaya mengekalkan hafazan walaupun telah lama meninggalkan pusat pengajian tahfiz, usahlah sombong dengan rezeki al-Quran kurniaan Allah itu. Ini kerana ia berlaku dengan izin Allah.
Hadam betul-betul hujung ayat di atas “Dan pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah”.
Ia adalah pinjaman Allah untuk anda yang bermakna boleh sahaja Allah mengambilnya kembali melalui berbagai cara. Hadam juga amaran Allah dalam ayat ini:
Sumber: Utusan

“Kemudian Kami jadikan al- Quran itu diwarisi orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba Kami; maka antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata),” (Fatir[35:32]).Jangan sombong
Bagi budak tahfiz yang masih berjaya mengekalkan hafazan walaupun telah lama meninggalkan pusat pengajian tahfiz, usahlah sombong dengan rezeki al-Quran kurniaan Allah itu. Ini kerana ia berlaku dengan izin Allah.
Hadam betul-betul hujung ayat di atas “Dan pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah”.
Ia adalah pinjaman Allah untuk anda yang bermakna boleh sahaja Allah mengambilnya kembali melalui berbagai cara. Hadam juga amaran Allah dalam ayat ini:
“Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu (al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW), kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya,” (al-Isra’ [17.86]).Fenomena lupa apa yang pernah dihafaz sudah lama disinggung oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
“Perumpamaan para penghafaz al-Quran adalah seperti unta yang ditambat. Sekiranya dia berterusan menambatnya, unta itu dapat dipegang dan sekiranya unta itu dilepaskan, maka ia akan lari meninggalkan tuannya….apabila penghafaz al-Quran bangun solat dan membacanya pada waktu siang dan malam, dia akan mengingati (hafazannya), manakala jika dia mengabaikannya, dia akan lupakan hafazannya,” - Sahih Bukhari dan Muslim.
Sumber: Utusan