Datuk Ustaz Kasim Elias |
Seorang lagi penceramah versatil menyertai program ini bagi memastikan 30 Minit kekal menjadi program nombor satu TV AlHijrah.
Sempena Ramadan tahun ini, program 30 Minit dilancarkan bersama Datuk Ustaz Kasim Elias.
Ini penampilan pertama Ustaz Kazim bersama rancangan TV selepas berehat panjang setelah mengalami masalah kesihatan.
30 Minit Ustaz Kazim akan bersiaran dua hari seminggu, pada Sabtu & Ahad 7.30 malam. Ulangannya pula setiap 9.00 malam & 5.00 pagi pada hari yang sama.
Selama 30 minit penonton dapat mengikuti syarah dan pencerahan bermanfaat Ustaz Kazim berpandukan pada kitab Bahrul Mazi & kitab Muhimmah.
Membuka lembaran episod pertama 30 Minit Bersama Ustaz Kazim mengupas dan menjawab salah faham yang sering timbul berhubung ibadah siyam serta kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan penuh barakah ini dan betapa istimewanya kita sebagai umat Islam terpilih untuk bertemu dengan Ramadan. –Kedahnews.com