BUKAN sekali tetapi berkali-kali kisah mereka terpapar dalam akhbar utama, kemudiannya diulang-ulang baca oleh berbilion manusia selama lebih 1,000 tahun. Hebat, pasti terkandung nilai berita yang teramat besar. Siapakah mereka ini?
Analogi ini bagi menggambarkan mengenai kaum Madyan iaitu umat Nabi Syuaib AS yang begitu terkenal dengan kebobrokan integriti dan kejahatan memanipulasi keadaan. Umat ini sudah lama menjadi makanan ulat tetapi genetik perangai mereka masih kekal subur hingga kini. Tidak jauh pun, ada di sekeliling kita dengan memakai pelbagai nama lain, kadang-kadang siap dengan gelaran kebesaran, ada juga yang menunggang agama.
Antara surah-surah yang membicarakan mengenai mereka ialah Hud [11:86-91], al-Maidah [5:100], al-A’raf [7:88] dan al-Kahf [18:103-105].
Budaya menipu dalam kegiatan ekonomi dan perniagaan cukup sebati dengan kaum Madyan. Akhlak mereka amat kronik, pantang ada peluang pasti akan ditipu.
Segala seruan Nabi Syuaib AS diejek, dihina dan kemuncaknya mengugut untuk mencederakan baginda kerana terlalu bosan mendengar tazkirah yang disampaikan.
Mereka yang berhati busuk ini menganggap baginda mempunyai niat sama dengan mereka. Kononnya baginda mempunyai agenda tersembunyi mahu memonopoli semua kerja jahat mereka.
Kenapa manusia moden perlu ambil tahu mengenai mereka. Apakah Allah sekadar memaparkan sahaja sejarah mereka ini dalam al-Quran tanpa adanya pengajaran untuk dipelajari? Allah sebenarnya memberi amaran agar kita semua jangan sesekali mengulangi jenayah mereka.
Masalah integriti dirasakan agak tepat bagi menggambarkan perangai kaum Madyan. Ia diulang buat oleh manusia moden, cuma caranya berlainan dimensi. Tipu orang atas alasan agama, curi tulang, tipu claim, makan wang atas angin, memberi dan menerima rasuah, salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi dan banyak lagi.
Masalah integriti di negara ini agak membimbangkan, jika dianggap sebagai kes terpencil maka tidak perlulah ditubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan pelbagai suruhanjaya lain yang kesemuanya bertujuan mengawasi rakyat Malaysia.
Segelintir pekerja akan bekerja dengan penuh dedikasi apabila berada di hadapan ketua; pemandu cukup berhemah apabila melihat polis atau mendekati kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES); pemimpin berwajah manis menjelang pilihan raya, begitulah seterusnya.
Lebih teruk yang menunggang agama, jika sentimen Mekah dan Kaabah pun sanggup dipergunakannya, apalah sangat dengan penipuan lain. Dalam tempoh 29 bulan, lebih 1,000 jemaah tertipu sejak tahun 2014 sehingga bulan lalu. Sebanyak 111 kes dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK) di seluruh negara melibatkan kerugian RM4.8 juta.
Di Selangor, mengikut rekod Jabatan Agama Islam dari 2014 hingga Jun 2015 terdapat 72 individu disiasat kerana memungut derma tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Selangor. Dalam operasi yang dijalankan pada 8 Julai hingga 15 Ogos tahun lalu sebanyak RM35,246.21 dirampas daripada 137 individu dan kumpulan.
Semasa banjir besar melanda Pantai Timur beberapa tahun lalu, ada kes kereta mangsa yang diletakkan di kawasan tinggi, dicurinya tayar dan sport rim, minyak kereta disedut.
Bagi sesetengah agensi kerajaan, buat kerja berdasarkan kepada keperluan bukannya kerana ingin ‘makan’ habuan. Ini bukan tohmahan tetapi setiap tahun Ketua Audit Negara melaporkannya.
Jika ingin disebut kesalahan satu persatu rasanya sehingga Ramadan tahun depan tidak akan habis. Penyelesaiannya perlu dicari. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dicadangkan kisah akhlak buruk kaum ini dijadikan antara kandungan utama semua sukatan pelajaran setiap peringkat di Malaysia.
Matlamatnya hanya satu iaitu biar semua pihak sejak dari kecil berasa jijik dengan kesalahan tiada integriti. Sama seperti segelintir Melayu Islam yang tidak kisah minum arak tetapi apabila diberikan hidangan babi yang juga haram sama seperti arak, akan menolak kerana berasa jijik dan mual.
Sumber: Utusan