Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi |
KUALA KANGSAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menutup mulut beliau dari terus membuat kenyataan.
Kata Ahmad Zahid, Mahathir patut berhenti membuat sebarang kenyataan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan dirinya sebelum rakyat di negara ini hilang sabar dan menganggap beliau sebagai orang tua yang sudah nyanyuk.
"Elok tutup mulut sebelum orang kata dia (Mahathir) nyanyuk!," tegas Zahid ketika ditanya media di Martek PDRM di sini, sebentar tadi.
Zahid mengulas mengenai kenyataan Mahathir di sebuah restoran Cina di Taman Bukit Chandan di sini tengahari tadi, yang menyarankan Zahid supaya menjadi seorang ahli perniagaan berbanding menjadi seorang ahli politik.
Beberapa orang anak Mahathir sebelum ini dikatakan berjaya mengaut kekayaan menerusi perniagaan ketika bapa mereka menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga salah seorang dari mereka diiktiraf antara yang terkaya di Malaysia.
Antara anak Mahathir yang mencebur diri dalam dunia perniagaan adalah Datuk Mirzan Mahathir, Datuk Mokhzani Mahathir dan bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. -Kedahnews.com