Erra Fazira Akui Sukar Tolak Cinta Shahir AF


PELAKON dan pengacara jelita, Erra Fazira mengakui tidak dapat menolak rasa cinta kepada Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 27,  kerana jejaka itu mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dicari olehnya.

Bagi Erra, walaupun sebelum ini dia berniat untuk bersuamikan lelaki yang lebih tua daripadanya tetapi juara program realiti Akademi Fantasia musim ke 8 ini merupakan seorang lelaki yang boleh menepati ciri seorang suami yang dapat membahagiakannya.

“Bila Shahir membuka mulutnya, saya berasa lega kerana ia mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri,” kata pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek itu.

“Tak banyak yang boleh saya kongsi tetapi buat masa ini, saya dan Shahir masih dalam proses mengenali satu sama lain dengan lebih rapat,” jelas Erra, 42; kepada Malay Mail Online.

Sebelum ini bekas model tersebut pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali bersama Yusry Abdul Halim KRU dan Engku Emran Engku Zainal Abidin. –Kedahnews.com