SETELAH isterinya disahkan hamil, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk bergelar bapa tidak lama lagi.
Tambahan pula, usia kandungan isterinya, Elena Hani sudah pun mencecah enam bulan.
“Saya sangat teruja sekali apabila bayi dalam kandungan isteri bergerak-gerak dan ini merupakan satu pengalaman baru buat diri saya dan isteri. Saya harap bayi sihat dan sempurna,” katanya, memetik Rotikaya.
Dalam pada itu, Fahrin memberitahu mereka masih belum berkesempatan untuk membeli persiapan kelengkapan bayi kerana kesibukan bekerja.
“Setakat ini belum beli barang-barang keperluan bayi lagi kerana belum ada masa. Sebenarnya memang kena buat persiapan awal mengikut kata kawan-kawan yang lebih berpengalaman. Jangkaan isteri saya melahirkan pada minggu pertama bulan 10 ini,” jelasnya.
Difahamkan, isteri Fahrin juga telah meletakkan jawatan sebagai pramugari awal tahun ini kerana mahu berehat dan memberi fokus kepada kandungan.
Dalam pada itu, Fahrin memberitahu dia tidak kisah sekiranya isteri mahu bekerja. – Kedahnews.com