Ferrari Remuk Teruk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve


SEBUAH Ferrari berharga lebih RM1 juta remuk teruk selepas pemandunya yang mempunyai gelaran Datuk Seri melanggar sebuah Proton Preve, pada Isnin lalu.

Insiden kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta mewah yang dipandu Datuk Seri terbabit hilang kawalan akibat dipandu dalam keadaan mabuk.

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

Difahamkan, Datuk Seri berkenaan terus melarikan diri selepas kemalangan.




Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu Proton Preve berkenaan.

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

“Kemalangan mengakibatkan Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala Ferrari remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu tidak cedera.

Ferrari Remuk, Datuk Cabut Lari Lepas Langgar Preve

“Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam,” katanya, memetik myMetro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Kedahnews.com