Natasha Uttamsingh |
Seorang gadis, Natasha Uttamsingh yang berasal dari Surrey, Britain didakwa cuba menipu pihak polis dan mahkamah dengan mendakwa dirinya dirogol dan dicekik oleh bekas teman lelakinya, pelajar berusia 22 tahun ini dijatuhi hukuman penjara 15 bulan.
Natasha pada mulanya berhasil meyakinkan pihak polis dan pendakwaan malah berjaya mendapatkan perintah mahkamah agar bekas kekasihnya, Aakash Andrews dilarang daripada mendekatinya.
Motif wanita itu berbuat demikian adalah bengang dengan permintaan Aakash yang mahu berpisah dengannya. Dia malah pernah mengugut mahu memusnahkan kehidupan dan kerjaya lelaki tersebut.
Difahamkan, Natasha telah memalsukan laporan kesihatan mengatakan dia dirogol selain sudah beberapa kali menukar nombor telefon bagi meyakinkan pihak polis bahawa dia sering diganggu Aakash.
Namun, hasil siasatan polis mendapati semua dakwaan itu adalah palsu selepas mereka menemui bukti mengenai pemalsuan dokumen kesihatan sehingga membawa kepada pengakuan bersalah Natasha.
Selain dijatuhi hukuman penjara, Natasha juga dilarang mendekati bekas kekasihnya dalam tempoh lima tahun. –Kedahnews.com