AKSI sekumpulan penunggang motosikal melaksanakan "hukuman" sendiri dengan menendang cermin sisi kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, adalah satu kesalahan walaupun niat mereka untuk mengusir pemandu kenderaan yang melalui laluan kecemasan.
“Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal,” katanya dalam laporan disiarkan New Straits Times.
Bukan itu sahaja, menurut Mohd Nadzri penunggang motosikal terbabit bukan melakukan satu tetapi dua kesalahan kerana turut menyalahgunakan lorong kecemasan.
Terdahulu, video yang dimuat naik di laman sosial itu menjadi viral apabila mendapat lebih 14,000 perkongsian sejak dimuat naik pada Ahad.
Video berkenaan mendapat pelbagai kritikan apabila rata-rata komen seakan menyokong tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu biarpun tindakan mereka adalah salah.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar rakaman ketika kejadian berlaku. – Kedahnews.com