Maria Sharapova |
PERSEKUTUAN Tenis Antarabangsa (ITF) telah menetapkan selama dua tahun penggantungan ke atas juara tenis dunia, Maria Sharapova atas kesalahan menggunakan bahan terlarang.
Maria, 29, telah dilarang beraksi dalam mana-mana kejohanan tenis bermula Mac lalu selepas positif mengambil meldonium pada sesi pemeriksaan doping di Kejohanan Tenis Terbuka Australia yang diadakan Januari lalu.
Menurutnya, dia mengambil ubat tersebut sejak 2006 bagi tujuan kesihatan dan sama sekali tidak mengetahui ianya haram digunakan oleh mana-mana atlit.
Juara Grand Slam lima kali itu berkata dia tidak boleh menerima keputusan penggantungannya itu dan akan merayu kepada pihak berkaitan.
Maria akan membuat permohonan rayuan mengenai kes penggantungannya itu kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
“Saya akan mempertahankan apa yang saya percaya betul dan saya akan melawan balik (keputusan penggantungan) agar boleh segera kembali ke padang tenis secepat mungkin.
“Saya rindu main tenis dan juga peminat saya, sokongan dan kasih sayang anda telah memberikan saya semangat untuk melalui detik-detik sukar ini,” katanya.
Walaupun begitu, Agensi Anti Doping Sedunia (Wada) berkata mereka akan menimbangkan sama ada Maria dibenarkan membuat rayuan kepada CAS atau pun tidak selepas meneliti semula kes tersebut.
Sementara itu, jenama barangan sukan popular, Nike yang melucutkan penajaan ke atas Maria pada Mac lalu berkata, mereka akan kembali menyambung kontrak penajaan ke atas Maria walaupun kesnya masih belum selesai. –Kedahnews.com