Warga Kemboja dengan seorang kanak-kanak yang melakukan kegiatan mengemis di Bazar Ramadan Tikam Batu dikesan. |
SUNGAI PETANI – Taktik bersembunyi di sebalik hijab dikesan sebagai salah satu modus operandi warga asing yang berkunjung ke negara ini bagi mendapatkan wang mudah.
Kegiatan itu dibongkar dalam Operasi Menyelamat Pengemis dan Kutu Rayau yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda di bazar Ramadan sekitar daerah ini yang dipercayai dijadikan ‘lubuk rezeki’ bagi meraih simpati, baru-baru ini.
Pemeriksaan selanjutnya mendapati, dua wanita warga asing yang ditahan akibat mengemis dan memakai tudung itu sebenarnya bukanlah beragama Islam.
Bukan itu sahaja, salah seorang juga dilihat membawa anak kecil ke Bazar Ramadan Tikam Batu dipercayai untuk mengaburi mata masyarakat.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Adnan Abd Rashid berkata, operasi melibatkan agensi dari jabatan JKM Negeri Kedah, Bengkel Daya Sungai Petani dan Jabatan Imigresen Kedah.
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda turut terlibat.
Menurut Adnan, sebanyak 11 lokasi bazar sekitar daerah digempur dengan jumlah tangkapan 12 orang.
“Walaupun baru beberapa jam berada di Bazar Ramadan, mereka ini mampu memperolehi kutipan lumayan antara RM60 hingga RM300.
“Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul ialah sebanyak RM622.95 bagi kes melibatkan kutipan derma warganegara dan warga asing.
“Manakala, tujuh tabung derma, pusat tahfiz, bina masjid dan lain-lain diserahkan kepada Pejabat Agama untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata, pihaknya memeriksa 17 warga asing termasuk dari Kemboja, Bangladesh dan Thailand.
Sumber: Sinar Harian