PENGACARA Nabil Ahmad akan mengunjungi tanah suci sekali lagi pada 27 Jun ini sehingga 4 Julai untuk melakukan ibadah umrah.
Kali ini Nabil akan ditemani isteri tercinta pula.
“Alhamdulillah 10 malam terakhir Ramadan, saya akan berpuasa di Makkah sambil mengerjakan ibadah umrah dan kali ini akan ditemani oleh isteri. Ini merupakan kali pertama isteri saya ke sana.
“Sebenarnya jemputan untuk penggambaran ‘Perjalanan Haji Nabil’ itu membuat saya sangat teruja kerana akan bekerja bersama isteri nanti.
“Saya berharap kami masing-masing akan mendapat kelebihan dan kebaikan apabila berada di tanah suci,” kata Nabil dalam artikel yang tersiar di Rotikaya.
Nabil menambah, dia sebenarnya agak risaukan kesihatan ibunya yang tidak berapa sihat namun memandangkan ada adiknya baharu sahaja tamat belajar.

Dia berharap adiknya itu dapat menjaga dan membantu ibu sepanjang ketiadaannya nanti. –Kedahnews.com