Gambar Hiasan |
LANGKAWI – Hasil industri tuna Malaysia dapat mencecah RM1 bilion menerusi pendaratan sekurang-kurangnya 130,000 metrik tan ikan itu di negara ini menjelang 2020.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat tahun lepas, kira-kira 68,000 metrik tan tuna telah didaratkan di negara ini.
Beliau berkata kerajaan melihat industri itu berpotensi untuk dikembangkan lagi memandangkan tidak banyak negara di rantau ini, kecuali Thailand, yang bergiat menjalankan perikanan itu.
“Kita akan pelbagaikan tempat kita (agar) ia memberikan pilihan lain (bagi) pasaran-pasaran untuk mendapatkan tempat pendaratan tuna di rantau ini,” katanya kepada media selepas menyaksikan pendaratan pertama tuna di pusatnya di Pelabuhan Tanjung Lembung di sini.
Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan itu, katanya pusat pendaratan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang akan dihidupkan kembali dalam masa terdekat selepas operasi kemudahan itu dihentikan kira-kira 20 tahun lepas.
Pusat-pusat di Langkawi dan Pulau Pinang akan menumpukan operasi bagi pendaratan tuna dari Lautan Hindi manakala kemudahan sama di Sabah mengeksploitasi potensi tuna dari kawasan Laut Sulawesi. – BERNAMA