Antartika tempat paling sejuk dan sepi di dunia, namun boleh juga dikatakan paling menakjubkan untuk pengembara yang cukup berani dan bersabar menempuhi perjalanan ke sana. Perjalanan ke sana saja mengambil masa tiga hari menaiki kapal merentasi ombak setinggi 10 meter dan ribut salji dengan cuaca yang mampu membuat sang pengembara beku.
Namun walaupun agak mahal dan memerlukan perancangan rapi, pengalaman diraih amat berbaloi. Sama ada mahu memilih percutian ala kapal persiaran atau memilih sesuatu yang lebih berbentuk pengembaraan, semuanya perlu difikirkan awal.
Penulis, Annabel Fenwick Elliott berpeluang merasai pengalaman mengembara ke Kutub Selatan dengan kos pelayaran dan pengembaraan menelan belanja sekitar £6,825 (RM39,000) untuk 14 hari ke Antartika melalui Argentina, termasuk penerbangan antarabangsa dan dalaman.
Perjalanan lazimnya bermula dari Ushuaia bandar paling hujung di selatan Argentina sebelum menaiki kapal melintasi Laluan Drake yang terkenal sebagai koridor lautan paling bergelora di dunia. Pelayaran itu saja mengambil masa tiga hari dan tidak kurang penumpang yang cuma terbaring sepanjang tempoh itu disebabkan mabuk laut yang teruk.
Namun apabila sampai ke destinasinya keadaan tiba-tiba menjadi tenang dengan keindahan yang amat memukau. Bongkah aisberg pelbagai rupa dan bentuk dapat dilihat di mana-mana dengan matahari yang tidak terbenam pada musim panas di Antartika manakala haiwan Antartika seperti ikan paus, singa laut dan penguin ada di mana saja.
Kapal perlu sentiasa mengubah tempat berlabuh berdasarkan perubahan angin dan pergerakan ais setiap jam. Kira-kira dua kali sehari jika cuacanya elok penumpang dibenarkan turun menaiki bot kembung dan dibiarkan mengembara melihat stesen penangkapan ikan paus terbengkalai atau bangkai kapal.
Satu cabaran yang boleh dicuba bagi mereka yang berani termasuk Polar Plunge - terjun ke dalam lautan yang sejuk beku yang boleh dikatakan acara wajib jika sudah menjejakkan kaki ke Antartika.
Sememangnya Antartika terlalu istimewa. Ia satu-satunya lokasi dunia yang tidak pernah melihat peperangan atau dijajah kerana dilindungi perjanjian antarabangsa yang hanya membolehkan penerokaan bagi tujuan sains dan pengembaraan. Kosnya memang terlalu tinggi, tetapi jika mampu ia menawarkan pengalaman yang tidak mungkin dapat dirasai di tempat lain.
Sumber: myMetro