Gambar Hiasan |
ISLAM amat menitikberatkan soal perpaduan ummah. Penekanan tersebut sememangnya diketahui oleh setiap umat Islam kerana ia banyak kali diperkatakan dalam al-Quran dan Sunnah.
Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud ‘dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah’. (surah al-Imran:103)
Namun realitinya hari ini, kita dapati umat Islam merupakan umat yang berpecah belah dan perpecahan itu bukan kerana kesalahan ajaran Islam, sebaliknya sikap umat Islam itu sendiri yang membelakangkan ajaran Islam.
Keadaan menjadi lebih parah apabila wujudnya sindrom tuduh menuduh yang membawa ke tahap kafir mengkafir dan fitnah memfitnah antara satu sama lain.
Mereka seolah-olah tidak boleh menerima fitrah ciptaan Allah SWT itu yang sememangnya memiliki pandangan atau pendekatan berbeza walaupun memiliki matlamat sama iaitu tunduk kepada Allah SWT.
Bagi Pengerusi Eksekutif/Pengasas Yayasan Kasih Tauhid, Puan Sri Fatini Yaacob menyifatkan sikap tersebut disebabkan roh kasih agama semakin hilang dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
Semua itu disebabkan kepentingan diri dan kebendaan yang kini dilihat begitu melampaui batas dalam kalangan umat Islam berbanding kepentingan agama Islam.
“Saya ambil contoh peristiwa Natrah di Singapura pada zaman penjajahan British dahulu kerana terjadinya bantahan besar-besaran oleh kaum Melayu bukan kerana keputusan mahkamah.
“Tetapi kerana wujud provokasi menghina Islam oleh akhbar penjajah selepas keputusan mahkamah diumumkan,” katanya pada seminar Multaqa Perpaduan Ummah anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) di Bangi, baru-baru ini.
Bantahan tersebut bukan hanya digerakkan oleh guru atau pendakwah Islam pada masa itu tetapi juga wujudnya semangat dalam kalangan umat Islam itu sendiri untuk mempertahankan kesucian Islam.
Apa tidaknya, bantahan itu bukan hanya disertai oleh umat Islam di Singapura tetapi juga daripada seluruh negeri di Tanah Melayu.
“Umat Islam turun ke Singapura tanpa ada paksaan oleh mana-mana pihak atau guru agama tetapi kerana keikhlasan untuk berjuang mempertahankan kesucian Islam,” katanya.
BUDAYA PEMAAF KIAN TERHAPUS
Seorang aktivis masyarakat, Datuk Dr. Firdaus Abdullah turut melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam hari ini kerana budaya pemaaf yang diajarkan oleh Islam tidak begitu diamalkan.
Sebaliknya, beliau menambah, budaya atau sikap pendendam kini telah menguasai diri umat Islam kerana wujudnya perasaan taksub dan tidak mahu memaafkan orang yang berbeza pandangan.
“Mereka anggap hanya dirinya sahaja betul manakala orang lain yang berbeza pandangan atau pendapat tidak harus berada dalam jemaah sama,” katanya pada seminar tersebut.
Ekoran sikap itu, tegas seorang pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah akan menyerlahkan perasaan yang merasai dirinya hebat.
Beliau berkata, golongan berkenaan bukan hanya akan mudah bersikap bodoh sombong dan sering kali prejudis terhadap orang lain, bahkan dilihat begitu jahil bila berkomunikasi dengan orang lain.
“Kejahilan itu menyebabkan mereka tidak ada hikmah sama ada ketika bercakap atau menegur perbuatan orang lain,” katanya.
Justeru, usaha mencegah perpecahan dalam kalangan umat Islam seharusnya ditangani secepat mungkin, khususnya di peringkat akar umbi.
Penumpuan tersebut perlu kerana perubahan yang melanda peringkat akar umbi akan memberi kesan yang ketara kepada pucuk pimpinan sama ada dalam kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO).
Bagi Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, usaha tersebut boleh dilaksanakan dengan menggunakan media sosial kerana ia ruang lingkup kawasan sasarannya adalah luas berbanding media tradisional.
Malah, beliau menambah, media sosial seperti Facebooks, Twitter, blog, Whatsapp, Telegram dan Instagram mempunyai pengguna yang ramai khususnya dalam kalangan golongan muda atau remaja.
“Media sosial itu mempunyai pengaruh yang kuat dan sebab itulah, kita harus menggunakannya untuk menyebarluaskan nilai-nilai yang boleh membawa kepada perpaduan ummah seperti dikehendaki oleh Islam.
“Kita harus beri tumpuan kepada golongan pelajar sekolah kerana mereka adalah generasi yang bakal mewarisi negara serta kepimpinan di masa depan,” katanya.
Selain itu, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd. Aziz Abdul Rahman percaya keadaan umat Islam hari ini boleh diubah dengan meningkat dan memperkasakan lagi kedudukan ekonomi mereka.
“Usaha itu boleh dilaksanakan melalui majlis atau jabatan agama Islam negeri kerana urusan hal ehwal umat Islam, termasuklah ekonomi adalah di bawah bidang kuasa negeri
“Bagi menjadikan ia berkesan, majlis atau jabatan agama Islam negeri perlu terlebih dahulu memperkasakan kemahiran mereka dalam membantu meningkatkan kedudukan ekonomi umat Islam,” katanya.
Sumber: Utusan