Hillary Hampir Pasti Wanita Pertama Jadi Calon Presiden US

Hillary Clinton
AMERIKA SYARIKAT - Calon Parti Demokrat, Hillary Clinton semakin dekat untuk menjadi calon presiden wanita pertama bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat selepas memenangi pemilihan di California, kelmarin.

Clinton yakin mampu mengalahkan pesaingnya, Bernie Sanders kerana California mempunyai jumlah penduduk paling ramai di negara tersebut.

Pengumuman dibuat selepas mantan setiausaha negara itu meraih pencalonan untuk enam negeri yang akan mengadakan pemilihan bagi Parti Demokrat.

Kemenangan Clinton memberikan tekanan besar kepada Sanders dan ramai menjangkakan bahawa beliau akan berundur dan tidak bertanding.

Walau bagaimanapun, Sanders menjelaskan bahawa beliau tidak akan berundur malah bertekad untuk memberikan saingan sengit dalam pemilihan di Washington pada Selasa depan, 14 Jun.

Clinton akan diisytiharkan sebagai calon Parti Demokrat secara rasmi pada parti konvensyen yang diadakan di Philadelphia, Julai ini. –Kedahnews.com