TAKZIAH diucapkan buat pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atas pemergian ibunda tercinta, Allahyarhamah Norbaiti Surur, 90, lewat tengah malam tadi.
Ibu Aznil menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada pukul 12.56 tengah malam.
Berita sedih itu dikongsikan Aznil menerusi akaun laman sosial Instagramnya, dengan menulis:
“Assalamualaikum. Dengan rasa dukacita saya ingin maklumkan Bonda saya, Hajah Norbaiti Bt Hj Surur telah kembali ke Rahmatullah dalam pukul 12:56 pagi 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadan 1437. Harap dapat sama2 doakan kesejahteraan ibu saya di sana. AlFatihah.”
Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara pada jam 11 pagi Isnin.
Nurbaiti meninggalkan tujuh orang anak, 17 cucu serta empat cicit. –Kedahnews.com