Iklan Raya 2016: TM Paling WIN Setakat Ini..!


SEPERTI biasa menjelang sambutan Aidilfitri ini, berlumba-lumba syarikat-syarikat korporat mengeluarkan iklan raya yang cukup meninggalkan kesan buat diri kita yang menontonnya.

Untuk tahun ini, Telekom Malaysia (TM) mengenengahkan pula mesej elakkan pembaziran dan amalan bersedekah sebagai intipati iklan hari raya mereka.

Mengisahkan seorang wanita, pekerja pejabat yang sentiasa membungkus makanan yang tidak habis ketika dia menghadiri majlis berbuka puasa sehingga perbuatannya itu dipandang serong rakan sekerjanya sendiri.

Namun, di akhir cerita itu, baharulah diketahui sebab-sebabnya kenapa dia membungkus makanan sepanjang bulan Ramadan.

Pengajarannya, elakkan pembaziran dan tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.

Sentiasalah mengamalkan pemakanan yang cermat dan bersedekah sekiranya kita mempunyai rezeki yang lebih. –Kedahnews.com