Diberi jolokan Spiderman, seorang kanak-kanak Palestin menunjukkan kemampuan luar biasanya ‘meliukkan” tubuhnya jauh menjangkaui imaginasi manusia biasa.
Mohammed al-Sheikh, 12, berkata, impiannya untuk mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness bagi bakatnya meliukkan tubuhnya hampir menjadi kenyataan.
Berketinggian hanya 1.37 meter dan seberat 30 kilogram, Mohammed mampu memliukkan badannya dalam posisi luar biasa - melipat kedua-dua kaki dan meletakkannya di atas bahu, tidak ubah seperti labah-labah.
Kemahiran luar biasa itu menyebabkan Mohammed yang berasal dari Semenanjung Gaza, Palestin, mendapat nama timangan Spiderman.
Dia meraih tumpuan selepas muncul dalam rancangan televisyen ‘Arabs Got Talent’ di Lubnan, apabila keupayaannya meliukkan tubuhnya meraih 14 juta undian.
Biarpun tidak muncul juara, dia kini berharap dapat mencipta nama di dalam Rekod Dunia Guinness.
Jurulatihnya, Mohammed Lubbad, 26, menganggap anak didiknya itu mampu melakukan empat jenis akrobatik lebih baik berbanding sesiapa di bumi ini.
Dalam video yang dihantar kepada Guinness sebagai bukti, Mohammed meniarap di atas lantai sebelum kakinya kemudian berpusing 360 darjah menyentuh setiap sudut sekelilingnya.
Dia berjaya melakukannya 33 kali dalam hanya seminit, lebih empat kali berbanding rekod terkini iaitu 29, sekali gus mencerahkan peluangnya mencatat nama dalam buku itu.
Ibunya Hanan, menganggap Mohammed ‘juara dunia’ namun dia perlu menunjukkan kelebihan dan kekuatan luar biasanya dalam pertandingan dunia. -Agensi