"Injustice": Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Batman


PERANTI iPhone yang didatangkan dengan rona emas dan juga gold rose, pastinya membuatkan pengguna wanita begitu tertarik dengan elemen unik yang dibawakan Apple.


Namun tidak buat lelaki, jujurnya kami merasakan agak ‘biasa’ dengan pilihan yang ditawarkan.

Bayangkan ia didatangkan dengan lambang dan juga tema adiwira? Barulah menarik betul tak?

Anda pastinya tertawan dengan koleksi Galaxy S7 Edge edisi istimewa Batman ini.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-2.0

Portal The Verge melaporkan, peranti pintar eksklusif ini merupakan edisi untuk memperingati ulang tahun ketiga untuk permainan Injustice: Gods Among Us.

Bukan sahaja menerapkan ciri-ciri gajet Batman yang menarik, ia juga didatangkan dengan aksesori seperti Virtual Reality, kredit permainan Injustice dan sebagainya.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-4.0

Kami sebaik sahaja melihat elemen ‘Batman’ yang dibawakan, rasanya bukan sahaja lelaki yang bakal menggilai edisi istimewa ini, golongan wanita juga pasti ada yang tertarik.

Ditambah dengan perincian keemasan, menjadikan telefon ini tampak lebih mewah dan premium.

samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-9.0
samsung-batman-galaxy-s7-edge-edition-3.0

Namun, dikhabarkan peranti adalah edisi yang sangat terhad dan ia bakal dikeluarkan hanya di sesetengah negara seperti China, Korea, Amerika Latin, Rusia dan beberapa negara lain. -Kedahnews.com