Insiden Tembak Menembak "Ala KL Gangster" Di Batu Caves


DUA mangsa ditembak individu tidak dikenali dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Besar Sunway Batu Caves menghala ke Sri Gombak berhampiran stesen minyak Shell, tengah hari semalam.

Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat keluar dari kereta jenis Nissan sebelum meluru ke arah sebuah Proton Satria warna kuning, membuka pintu pemandu lantas melepaskan tembakan menggunakan pistol.


Suspek kemudiannya menghala ke arah kereta jenis Suzuki berwarna putih, membuka pintu pemandu lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri menghala ke MRR2.

Kedua-dua mangsa berbangsa India dan berusia lingkungan 30an ditembak di telinga kanan dan pipi kiri serta kepala; segera dikejarkan ke Hospital Selayang.


Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan motifnya masih disiasat.

Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu. –Kedahnews.com