Gambar Hiasan |
SOALAN: Ada Muslim yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Ada kawan saya yang malas bersolat tetapi tiada masalah untuk berpuasa. Bagaimana hukum puasanya?
JAWAPAN:
SETIAP amal ibadat ada pahala, begitu juga dengan maksiat ada dosanya. Muslim berpuasa akan mendapat pahala, manakala yang tidak bersolat akan dikira berdosa. Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Allah menghisab setiap kebaikan yang dilakukan walaupun sangat sedikit kebaikannya. Allah juga menghisab setiap kejahatan yang dilakukan walaupun sedikit.
Cuma sikap mengutamakan puasa berbanding solat adalah sikap yang salah. Solat adalah tuntutan yang sangat besar. Ini kerana beberapa perkara, antaranya solat adalah Rukun Islam yang kedua manakala puasa merupakan yang ketiga.
Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam keadaan sakit, tetapi puasa diberikan kelonggaran jika sakit. Begitu juga jika dalam keadaan musafir, solat wajib dilaksanakan namun diberikan rukhsah jamak qasar. Namun begitu, puasa boleh ditinggalkan dan digantikan pada hari lain. Maka solat lebih besar daripada puasa.
Berpuasa tetapi tidak bersolat kadang-kadang berlaku kerana niat puasa yang dilakukan bukan kerana Allah. Ada yang berpuasa kerana diet dan memelihara kesihatan. Ia lebih kepada berpuasa kerana kesihatan. Berbeza dengan solat yang kurang nampak impaknya dalam aspek kesihatan. Puasa yang dilakukan bukan kerana Allah akan ditolak.
Marilah kita memelihara solat dan ibadat puasa. Saya yakin, Muslim yang memelihara solat fardu akan berpuasa. Namun belum tentu Muslim yang berpuasa akan memelihara solat fardu. Maka peliharalah solat fardu sebagai keutamaan, Insya-Allah ibadat puasa akan terpelihara.

Sumber: Utusan