Shaharuddin Ibrahim |
KULIM - Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim tampil membuat permohonan maaf kepada DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung kenyataannya mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah.
“Saya tidak mahu berbalah dan memanjangkan isu ini jadi dengan rendah hati saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan kenyataan itu, khususnya DAP,” katanya semalam.
Selain itu, Shaharuddin turut menjelaskan, tazkirah tersebut sebenarnya hanya bermaksud untuk melahirkan kebimbangan terhadap sikap DAP dan sekutunya yang menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini.
“Khususnya penentangan terbuka mereka terhadap Pindaan Rang Undang-Undang 355 yang dibawa oleh Pas di Parlimen baru-baru ini.
“Saya berharap penentangan mereka itu tidak akan membawa kepada larangan melaungkan azan di masjid-masjid.
"Ini kerana azan dan solat adalah sebahagian daripada syariat Islam yang tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak dalam negara ini,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan Abdul Malik menggesa Shaharuddin memohon maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan berhubung larangan azan tersebut yang didakwanya sebagai fitnah.
Abdul Malik berkata, tazkirah Ramadan berdurasi 30 minit itu jelas menyiarkan ucapan Shaharuddin pada minit 14:35 iaitu ‘Kalau DAP menguasai negara..nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan’.
Sumber: Sinar Harian