Shamsul Izrin (dua, kiri) dan kakitangan JKM lain bersama salah seorang pengemis dalam operasi, baru-baru ini. |
BALING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melancarkan operasi Ops Menyelamat Pengemis dan Kempen Bijak Membantu Elak Tertipu, di sini, baru-baru ini.
Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, tiga lokasi operasi yang dijalankan pihaknya adalah di sekitar bazar Ramadan Baling, Kupan dan Kuala Ketil.
Menurutnya, rata-rata pengemis yang dijumpai JKM di kesemua lokasi itu adalah dalam kalangan warga asing dan mereka menggunakan dokumen perjalanan sah bagi mendapatkan wang secara mudah dengan mengemis.
“Golongan pengemis ini menyasarkan pengunjung dalam kalangan umat Islam dan berjaya memperoleh hingga RM200 dalam masa dua jam mengemis.
“Pelbagai cara digunakan untuk menarik simpati pengunjung, ada yang berpakaian jubah dan alim dan mempamerkan kecacatan fizikal mereka,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat supaya tidak dimanipulasi dan tertipu oleh peminta sedekah sempena Ramadan.
“Mereka mengambil kesempatan mendapatkan wang dengan cara paling mudah sepanjang Ramadan yang menggalakkan umat Islam melakukan kerja kebajikan termasuk bersedekah.
“Pihak JKM Baling memandang serius perkara ini dengan memantau di beberapa lokasi dalam daerah ini sepanjang berlangsungnya Ramadan dan sebanyak 500 pamplet bagi menyedarkan masyarakat akan perkara ini turut diedar,” katanya.
Sumber: Sinar Harian