Gambar Hiasan |
SEREMBAN - Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang kononnya dipukul polis dalam sebuah stor di Bandar Baru Nilai, sehingga dia dimasukkan ke hospital dan menerima 50 jahitan.
Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Campbell di sini, pada Khamis lalu, sebaik dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, lelaki terbabit dimasukkan ke hospital berkenaan berikutan tindakannya sendiri yang mengelar diri dalam trak polis ketika perjalanan ke Mahkamah Majistret Seremban, untuk direman pada 25 Mei lalu.
Menurutnya, lelaki itu ditahan polis di sebuah stor di Bandar Baru Nilai dekat sini, pada jam 3 pagi hari sama, bagi membantu siasatan mengenai laporan polis yang dibuat seorang remaja perempuan yang mendakwa dirogol suspek.
"Dia dibawa menaiki trak polis untuk ke kompleks mahkamah berkenaan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Ketika dalam perjalanan itu, dia bertindak mengelar leher dan tangannya menggunakan pisau.
"Berikutan kejadian itu, polis pengiring segera menghantarnya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dibawa ke HTJ," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.
Bagaimanapun, sebaik keluar hospital dia membuat laporan polis mendakwa dipukul polis dan dakwaannya itu disiarkan dalam sebuah portal berita Jumaat lalu, menerusi peguamnya, M Manoharan.
Sumber: myMetro