Abdul Aziz (kanan) memberi kata-kata semangat kepada keluarga arwah Mohd Azhar yang mati dibunuh di Vietnam bulan lalu. |
KULIM - “Saya akan sabar menunggu keputusan siasatan punca kematian anak saya di Vietnam." Kata Rohani Ismail, 59, ibu kepada Mohd Azhar Abdull Wahab yang dilaporkan mati dibunuh di Ho Chi Min pada bulan lalu.
Bagaimanapun, katanya, dia sudah reda dan menerima takdir itu, namun mahu juga mengetahui hasil siasatan punca anaknya itu dibunuh.
“Saya sekarang belum tahu perkembangan kes arwah anak, tapi saya percaya pihak terlibat sedang menyiasatnya.
“Saya tak kisah cepat atau lambat, saya hanya mahu tahu punca kejadian tersebut. Apa pun berlaku saya terima dengan reda,” katanya.
Katanya, dia sering teringat arwah anaknya itu ketika bersahur dan berbuka puasa.
“Kalau sebelum buka puasa dialah yang beli bawa balik rumah juadah untuk berbuka. Sekarang tinggal saya dan adiknya sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kulim-Babdar Baharu, Datuk Abdul Aziz Syeikh Fadzir yang turut meluangkan masa melawat keluarga arwah tersebut turut menasihati mereka supaya tabah.
“Alhamdulillah apa yang penting urusan bawa pulang jenazah arwah dan pengebumian diselesaikan dengan baik.
“Selebihnya soal siasatan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Kita yakin konsulat kita di sana sedang melakukan dengan habis baik untuk mendapatkan maklumat semasa ke semasa perkembangan kes.
“Kita harap keluarga arwah lebih tabah dan bersabar, doakan yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata, keluarga tersebut juga akan dibantu mengikut keadaan kerana telah hilang sumber pendapatan selepas kematian Mohd Azhar.
“Kita akan bantu tengok apa yang mereka perlu, dan anak bongsu yang sebelum ini tidak bekerja kerana menjaga ibunya yang sakit akan diberi pekerjaan bersesuaian untuk menjana pendapatan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian