Mahendra Ahirwar |
KISAH malang menimpa seorang remaja berumur 13 tahun yang tinggal di India.
Mahendra Ahirwar, mengidap penyakit yang membuatkan tubuhnya tidak normal sejak lahir.
Penyakit yang jarang berlaku dan disebut sebagai ‘Congenital Myopathy’ ini membuatkan leher seseorang itu tidak boleh tegak sejak kecil.
Mahendra tidak dapat menguruskan diri kerana keadaannya justeru, semua keperluan dan penjagaan hariannya bergantung penuh pada keluarga dan rakan-rakan.
Tidak tahan lihat penderitaan Mahendra, orang tuanya dikatakan pernah berharap agar kematian mengakhiri penderitaan anak mereka ini.
Mukesh Ahirwar, 41, dan Sumitra Ahirwar, 36, telah membawa anak mereka berjumpa lebih 50 doktor di seluruh India namun tiada sesiapa mampu membantu sembuhkan Mahendra.
Dia akhirnya dapat menjalani pembedahan yang dijalankan Dr Rajagopalan Krishnan pada Mei lalu.
Kos pembedahan Mahendra dijelaskan hasil kutipan derma dijalankan seorang wanita, Julie Jonas yang bersimpati dengan nasib dirinya..
Meskipun mesti menggunakan penyokong leher selama enam bulan, secara perlahan-lahan suara Mahendra semakin kedengaran dan dia dilaporkan boleh bernafas, makan dan minum sendiri selepas pembedahan dijalankan.
Tambah memberansangkan, Mahendra kini sudah boleh bermain dengan rakan-rakannya dan belajar menulis.
Ternyata, masa depan Mahendra kini berubah selepas dia tak lagi ‘melihat’ dunia secara terbalik. –Kedahnews.com