Gambar Hiasan |
“KALAU boleh sediakan makanan kegemaran anak-anak dan pelbagaikan jenis menu untuk bersahur. Memandangkan tempoh puasa agak panjang iaitu 14 jam, ibu-ibu di luar sana digalakkan menyediakan sajian yang berasaskan karbohidrat kompleks yang tinggi dengan serat kerana mampu melambatkan proses lapar.”
Itu pandangan yang diberikan oleh Penyelidik dan Ahli Persatuan Nutrisi Malaysia, Prof. Dr. Hamid Jan B Jan Mohamed, apabila ditanya mengenai corak pemakanan untuk bersahur dan berbuka puasa bagi kanak-kanak.
Selain itu, Dr. Hamid turut menyarankan agar ibu-ibu membuat persiapan awal terutama ketika bersahur supaya anak-anak teruja untuk bangun seterusnya menikmati sajian bersahur dengan penuh selera.
Untuk itu tambah beliau, ibu-ibu seharusnya berbincang atau memberitahu anak-anak apakah menu yang akan disediakan pada waktu bersahur agar menepat dengan selera mereka.
“Umum mengetahui bersahur merupakan amalan penting semasa puasa kerana boleh mengurangkan keletihan dan kehilangan tenaga sewaktu berpuasa.
“Untuk itu terutama kanak-kanak, perlulah bersahur dengan makanan yang seimbang dan sihat agar dapat membantu memberi tenaga ketika menjalani ibadah puasa.
“Ibu memainkan peranan penting kerana mereka perlu memastikan pengambilan makanan anak-anak adalah seimbang, sihat, serta tidak berlebihan dan pengambilan makanan perlulah berpandukan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Keishatan Malaysia.
“Yang penting dalam setiap hidangan perlulah mengandungi kombinasi karbohidrat, protein, sayur, dan buah-buahan,” ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.
Berbicara lebih lanjut mengenai makanan yang sepatutnya diambil sewaktu bersahur, Dr. Hamid berkata, seelok-eloknya sediakan makanan yang tinggi dengan serat seperti nasi (beras perang), roti mil penuh, bijirin, kekacang, dan sayur-sayuran.
Ini kerana kesemua makanan ini (tinggi serat) dapat membuatkan anak-anak kenyang lebih lama seterusnya memudahkan mereka menjalani ibadah puasa.
Pengambilan buah-buahan dan air yang mencukupi juga penting sewaktu bersahur bagi menggantikan kehilangan cecair dalam tubuh sewaktu berpuasa.
Katanya lagi, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula ringkas seperti gula pasir dan lemak, kerana cepat dicerna dan akan menyebabkan mudah berasa lapar.
“Sepanjang bulan puasa ini, ibu-ibu juga dinasihatkan agar tidak menyediakan juadah dan air yang manis kerana makanan ini boleh membuatkan anak-anak cepat lapar.
“Makanan dan air yang manis juga boleh menyebabkan gula dalam darah naik dan turun secara mendadak dalam masa singkat. Keadaan ini tidak bagus untuk saluran darah.
“Sekiranya boleh setiap sajian yang disediakan perlulah berpada-pada kemanisannya dan elakkan penggunaan susu pekat manis dan gula pasir dalam hidangan mahu pun minuman,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Dr. Hamid turut menasihatkan agar setiap ibu memastikan anak masing-masing masuk tidur awal kerana mereka perlu bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk bersahur.
Ibu-ibu juga haruslah memastikan masa bersahur anak-anak mencukupi dan elakkan mereka bersahur dalam keadaan tergesa-gesa kerana boleh menjejaskan proses penghadaman makanan.
Tempoh masa yang sesuai untuk bersahur adalah 20 minit kerana tempoh relatif untuk berasa kenyang.
Begitupun beritahu Dr. Hamid, apabila tibanya waktu berbuka amalkan pengambilan buah kurma disusuli dengan dua gelas air kerana dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang setelah seharian berpuasa.
Sebaiknya, selang waktu makan kepada dua hidangan kecil iaitu sebelum dan selepas solat maghrib untuk mengelakkan peningkatan gula dalam darah yang mendadak ketika berbuka puasa.
Sumber: Utusan