Hasliani bersama salah seorang adik lelaki kembarnya. |
KULIM - “Saya tak pernah tahu wajah ibu kandung kerana terpisah sejak bayi,” Demikian luahan seorang anak, Hasliani Ismail, 27, yang terlalu ingin berjumpa ibu kandungnya, Rohanum Man, 58, setelah terpisah sejak bayi tanpa meninggalkan sebarang gambar kenangan.
Hasliani berkata, selepas dilahirkan dia dijaga dan dibesarkan ibu tirinya dan arwah ayah, Ismail Hamid, 58, di Kampung Labu Besar, di sini.
“Selepas dilahirkan saya diserahkan kepada ibu tiri iaitu isteri pertama ayah. Saya tak tahu bagaimana wajah ibu kandung saya sebab tak pernah lihat.
“Apatah lagi nak merasa kasih sayang dari seorang ibu kandung sendiri, tapi saya tak marahkan ibu kerana arwah ayah dan ibu tiri bagi kasih sayang secukupnya,” katanya.
Katanya, ibu juga telah melahirkan dua adik lelaki kembar yang ditinggalkan di Hospital Kulim pada 1991.
“Ibu bercerai ketika sedang mengandungkan adik lelaki kembar saya, selepas ibu bersalin.. mereka berdua ditinggalkan di Hospital Kulim,” katanya.
Bagaimanapun kata Hasliani, kakak tiri yang pernah melihat ibu memberitahu wajahnya seiras dia.
“Masa itu kakak tiri sudah besar dan pernah melihat wajah ibu, dia kata kalau nak tahu wajahnya sama seperti saya. Ibu tak tahu membaca jadi kalau sesiapa mengenalinya saya mohon hubungi kami segera.
“Ini juga wasiat ayah yang terakhir supaya kami mencari ibu kandung walau di mana dia berada. Kalau masih bernyawa kami bersyukur namun kalau sudah tiada kami mahu tahu di mana pusaranya,” katanya.
Tambahnya, dia bersama adik kembarnya sudah puas mencari ibu kandung mereka di merata tempat, namun tidak berjumpa.
“Kami dapat alamat terakhir ibu di Tanjung Bendahara, Alor Setar, tapi bila kami ke sana tahun lalu, ibu tak ada.. orang sekeliling juga tak mengenalinya,” katanya.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai ibu kandung Hasliani boleh menghubunginya di talian 019-5489142 atau datang ke alamat Kampung Teluk Teduri, Mukim Pulai, 09100 Baling.
Sumber: Sinar Harian