Lelaki Cuba Lari Keluar Daerah, Tapi Gagal

Gambar Hiasan
KUANTAN – Tindakan seorang lelaki yang dikenakan perintah sekatan daerah di Kerteh untuk melarikan diri tidak kesampaian apabila bas yang dinaikinya untuk ke Muar ditahan di Terminal Bas Indera Mahkota di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihak polis mengesan sistem pengesan global (GPS) Mohamad Norisham Saruddin, 23, yang menunjukkan dia telah berada di luar kawasan sekatannya.

Beliau berkata pihak polis mendapat maklumat bahawa dia telah melarikan diri dengan menaiki bas.

“Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan pada pukul 1.30 pagi Jumaat di terminal bas ekspres bekenaan dan menemui suspek,” katanya hari ini.

Suspek yang beralamat di Tangkak, Johor dikenakan sekatan daerah pada 24 Mei lalu dan berakhir pada 23 Mei 2018. – BERNAMA