Gambar Hiasan |
SEORANG penjual durian berusia 43 tahun menerima padah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun enam bulan selepas didapati bersalah merogol seorang pekerja salon kecantikan di Taichung, Taiwan.
Menurut laporan Asia One, lelaki berkenaan menghancurkan dua pil tidur sebelum memasukkannya ke dalam durian sebelum diberi kepada mangsa, ketika insiden yang berlaku pada 11 Mei tahun lalu.
Memberi alasan ada pelanggan mendakwa durian dijualnya masam, lelaki berkenaan membawa durian diisi pil tidur berkenaan ke salon mangsa dan menyuruhnya mencuba. Dia kemudiannya beredar dari situ.
Beberapa jam kemudian, penjual buah itu datang kembali dan mendapati mangsa terbaring atas sofa dalam keadaan khayal.
Dalam keadaan lemah untuk melawan itulah, dia mengambil kesempatan merogol mangsa.
Sebelum meninggalkan salun, dia sempat membersihkan badan mangsa dengan memandikannya.
Beberapa jam kemudian, adik mangsa datang ke salun bagi memeriksa keadaan selepas telefon bimbit kakaknya tidak berjawab.
Terkejut dengan keadaan kakaknya yang tidak terurus, mereka terus membuat laporan polis sehingga penjual durian itu akhirnya ditangkap kerana merogol. –Kedahnews.com