LifeProof Casing iPhone Tahan Lasak "Waterproof"?


LITEPROOF mempelopori industri casing tahan lasak untuk iPhone sejak tahun 2012 selepas ia mula-mula menghasilkannya untuk kegunaan iPhone 4.

Sejak itu, pengguna iPhone tak perlu lagi risau jika telefon mereka terjatuh dalam sup ayam ketika leka bermain gajet itu pada waktu makan malam atau pun jika ia terjatuh dalam lubang tandas sekali pun.

Keluarkan saja dan basuh seperti biasa dengan air, itulah kelebihan sekiranya menggunakan casing kalis air dan tahan lasak LifeProof.

ipon

Casing tahan lasak ini ternyata mengubah cara penggunaan iPhone yang tidak kalis air dan mudah calar kalau tidak berhati-hati.

Ia turut boleh digunakan ketika sedang mandi dan ternyata ia tidak mangganggu proses menaip teks meskipun dalam keadaan basah.
lpfr-apl-iph15-20-2

Cuma, skrin sesentuh mungkin akan kurang berfungsi sekiranya melibatkan air terlalu banyak.

Rekaan LifeProof juga boleh dikatakan cukup kemas selain ciri-ciri minimalis yang tidak menjadikan telefon anda terlalu ‘gemuk’.
lpfr-apl-iph15-20-1

Setiap butang iPhone juga boleh diakses mudah meskipun ditutup dengan casing ini.

Harga bagi seunit casing ini dianggarkan RM350 dan boleh didapati di laman sesawang mereka. -Kedahnews.com