Orang ramai mengutip ikan yang bertaburan atas jalan. Gambar bawah: Keadaan lori muatan ikan yang terbalik. |
SUNGAI PETANI - Lebuh Raya Utara Selatan (LRUS) menuju arah selatan dipenuhi ratusan ikan selepas sebuah lori muatan bekalan berkenaan terbalik selepas terbabas di sekolah berhampiran.
Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam itu berlaku selepas pemandu lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas.
Kejadian itu turut menarik perhatian media sosial selepas gambar kejadian dimuat naik dalam akaun Facebook #DAily TRaffic REport.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, ketika kejadian, pemandu lori itu dalam perjalanan dari Sungai Petani dengan melalui plaza tol selatan dekat Taman Sejati Indah ke Sungai Udang, Pulau Pinang.
"Pemandu lori berusia 24 tahun dari Kampung Kuala Sungai Yan di sini, hanya cedera ringan.
“Kes ini akan disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian