KUALA KANGSAR - Datin Mastura Mohd Yazid yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan merujuk kepada Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam melaksanakan tanggunjawabnya sebagai wakil rakyat.
Mastura berkata walaupun masih melalui tempoh edah selama empat bulan 10 hari, beliau perlu berkhidmat untuk penduduk Kuala Kangsar.
"Sekarang ini saya dipilih sebagai wakil rakyat di Kuala Kangsar, jadi saya perlu tahu daripada Mufti Perak apa garis panduan untuk saya berkhidmat," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Chandan di sini, Ahad.
Mastura, 55, memperoleh majoriti 6,969 undi berbanding majoriti 1,082 yang diraih penyandang kerusi itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Balu kepada Wan Mohammad Khair-il Anuar itu memperoleh 12,653 undi, menewaskan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) serta calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 54 undi dan hilang wang pertaruhan.
Mengenai majoriti undi lebih besar yang diperoleh beliau, Mastura berkata antara faktor yang menyumbang kepada jumlah itu adalah komuniti Cina telah kembali menyokong Barisan Nasional (BN), selain gerakan bersepadu jentera BN dalam kempennya pada pilihan raya kecil itu.
"Majoriti itu juga adalah satu manifestasi atau terjemahan perasaan pengundi Kuala Kangsar terhadap Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar, mereka (rakyat) sangat menghargai usaha dan kasih sayang arwah yang telah berkhidmat di Kuala Kangsar," katanya.
Pada pagi ini, Mastura mula dikunjungi penduduk setempat yang memohon khidmat baktinya sebagai wakil rakyat.
Seorang penduduk dari Kampung Menora, Hashim Azaldin, 70, menjadi orang pertama bertemunya hari ini yang berkunjung ke kediamannya di Bukit Chandan itu pada 9.45 pagi.
Mastura berkata Hashim berjumpanya dan memohon bantuannya untuk mendapatkan rawatan matanya yang kabur.
Sementara itu, orang kurang upaya Ismail Awang Besar, 52, dari Kampung Sayong Lembah juga datang ke rumah Mastura untuk memaklumkan bahawa Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar pernah menempah ukiran khat kayu ayat suci al-Quran dengannya.
"Saya pernah meminta arwah membeli ayat suci al-Quran untuk diletakkan pada dinding rumah," katanya.
Sumber: mStar