SEORANG wanita tidak menyangka teman lelakinya yang tidak dapat dihubungi dalam beberapa hari, telah mati dalam keadaan mengerikan di kediamannya di Samut Prakarn, Bangkok petang kelmarin.
Runroj Soha, 24, ditemui mati dengan headphone masih berada di kepalanya dan disambungkan pada komputer.
Siasatan awal mendapati mangsa mengalami renjatan elektrik dan polis Bangsaothong percaya Runroj mungkin sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu.
Menurut teman wanitanya Hormmali, kali terakhir mereka berhubung adalah melalui mesej di Facebook pada Jumaat lalu. Ketika itu mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik.
Bagaimanapun, Hormmali hairan apabila Runroj langsung tidak menghubunginya selepas beberapa hari, membuatkan dia mengambil keputusan pergi ke kediaman teman lelakinya yang tinggal berseorangan itu.
Setibanya di rumah Runroj, Hormmali cuba membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua namun gagal kerana ia terkunci dari dalam.
Apa yang memelikkan, dia terhidu bau busuk dari dalam rumah tersebut.
Bimbang kejadian buruk berlaku, Hormmali meminta bantuan pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.
Pihak pengawal keselamatan terpaksa memanjat tingkap rumah teman lelakinya dan terkejut apabila mendapati Udon telah meninggal dunia.
Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian. –Kedahnews.com