PASIR PUTEH – Bagi pencari daun palas, bulan Ramadan dan Syawal merupakan bulan rezeki, apabila meraih pendapatan hingga RM100 sehari.
Bagi Tuan Mohd. Syakir Tuan Abd. Rashid, 29; dari Kampung Gong Serapat di sini, pendapatannya sejak seminggu lalu telah meningkat kepada lebih RM100 sehari berbanding hari biasa sekitar RM20 hingga RM50 sehari.
“Saya mencari daun palas bermula 7 pagi hingga 11 pagi, manakala sebelah petang pula dari 2.30 hingga 4 petang dalam hutan beberapa kampung di sini,” katanya.
Tuan Mohd. Syakir berkata beliau mencari daun palas tersebut di kawasan hutan di Kampung Gong Serapat, Kampung Gong Kulim, Kampung Tok Sudin dan Kampung Bukit Kedombak di sini.
Kesemua daun palas yang diperolehnya dijual kepada peraih yang datang mengambil daun tersebut di rumah, katanya.
Tuan Mohd. Syakir yang juga seorang tukang rumah dan pencari madu bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan terhadap daun palasnya.
“Ketupat daun palas merupakan makanan tradisi penduduk Kelantan terutama di pagi raya kerana ketupat yang dibungkus dengan daun palas, aromanya menyelerakan,” katanya.
Beliau berkata bukan mudah untuk mendapatkan daun palas yang tumbuh meliar di kawasan hutan berkenaan kerana pohonnya kadang kala dihuni oleh ular berbisa dan juga tebuan.
Antara daun palas yang mendapat permintaan tinggi adalah jenis daun tumbuh di kawasan tanah lembut, kerana daunnya mudah dilipat bagi membungkus beras pulut untuk dijadikan ketupat.
Daun palas bukit turut mendapat permintaan kerana ia berbau wangi dan tidak mudah koyak ketika dilipat. – BERNAMA