KUALA KEDAH – Jabatan Penerangan Malaysia menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 untuk pemenang keceriaan dan kreativiti bagi sambutan kemerdekaan kali ke-59 pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, usaha itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat masyarakat untuk menzahirkan patriotisme masing-masing.
“Ini merupakan satu perancangan yang nak kita lakukan agar masyarakat sendiri mengambil inisiatif untuk menyambut hari kemerdekaan.
“Dalam konteks ini, jabatan akan menggembleng keseluruhan Komuniti 1Malaysia dari 2,000 orang di seluruh negara untuk sama-sama menganjurkan program di peringkat kampung,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada 60 anak yatim pada majlis iftar di Restoran Anjung Kuala, baru-baru ini.
Menurutnya, kaedah penganjuran sambutan kemerdekaan itu terpulang kepada kreativiti masing-masing dan bersifat bebas.
“Sebelum ini pun kita juga melaksanakan program sedemikian rupa, tapi tidak menyeluruh. Kita harap Komuniti 1Malaysia dan penduduk kampung boleh mengemukakan idea bagaimana nak menzahirkan semangat patriotik mereka.
“Banyak cadangan yang kita terima, akan ada perkelahan kemerdekaan misalnya, kemudian ada juga nak mengadakan perarakan di peringkat komuniti dengan melibatkan seluruh NGO di kawasan mereka dan juga murid sekolah yang ingin berarak dengan pakaian uniform,” katanya.
Ibrahim berkata, pihaknya amat mengalu-alukan usaha berkenaan dan sentiasa menyokong pendekatan yang digunakan pelbagai pihak.
“Pada program ini, kita ada lapan kategori yang dipertandingkan seperti kategori pintu gerbang, kampung tradisional, Komuniti 1Malaysia, individu yang hias kereta dan rumah dengan bendera, perumahan dan sekolah,” katanya.
Jelasnya, sebanyak RM10,000 ditawarkan bagi kategori tertentu dan RM2,000 untuk kategori individu.
“Dengan tawaran-tawaran inilah maka terzahirnya hiasan dan aktiviti yang bersifat kemerdekaan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, usaha itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat masyarakat untuk menzahirkan patriotisme masing-masing.
“Ini merupakan satu perancangan yang nak kita lakukan agar masyarakat sendiri mengambil inisiatif untuk menyambut hari kemerdekaan.
“Dalam konteks ini, jabatan akan menggembleng keseluruhan Komuniti 1Malaysia dari 2,000 orang di seluruh negara untuk sama-sama menganjurkan program di peringkat kampung,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada 60 anak yatim pada majlis iftar di Restoran Anjung Kuala, baru-baru ini.
Ibrahim (berdiri, tengah) bergambar bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Pendang. |