Mira Filzah |
HEROIN Cinta Si Wedding Planner, Mira Filzah kini sedang mengerjakan umrah bersama keluarganya di Tanah Suci Makkah.
Terbaru, menerusi laman Instagramnya, Mira telah berkongsi keterujaan dapat menyambut bulan Ramadhan di Kota Suci Umat Islam itu.
Difahamkan Mira dan keluarga berangkat ke Makkah pada Jumaat lalu. Selain meluahkan rasa bersyukur dan teruja dapat merasai pengalaman berpuasa di sana, dia juga kagum dengan keindahan kota umat Islam itu.
Antara kapsyen yang dimuat naik sewaktu berada di sana ialah, “There are blessings everyday. Remember them. Appreciate them. Treasure them. #MiraFilzah,” tulisnya.
Melalui posting yang terdahulu, sebelum keberangkatan ke Tanah Suci, Mira sempat memohon maaf kepada semua peminatnya sekiranya ada melakukan kesalahan.
Rata-rata peminatnya mendoakan yang terbaik buat Mira dan berharap dia sentiasa berada dalam keadaan sihat semasa menjalani ibadah di sana.
Kami juga ingin mendoakan Mira dan sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan setiap perkara yang dirancang dapat berjalan dengan lancar serta selamat pulang ke tanah air apabila selesai ibadat nanti. -Kedahnews.com