Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. |
KUALA KANGSAR - Sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina khas buat anak-anak anggota polis di seluruh negara dalam tahun ini kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata, MRSM berkenaan akan dibina di negeri Perak.
"Khusus untuk anak-anak polis di seluruh negara, tapi MRSM itu akan dibina di negeri Perak.
Menurut Ahmad Zahid, lokasi MRSM telah pun dikenal pasti dan urusan pembinaannya sedang lancar berjalan di mana tender bagi projek berkenaan akan dikeluarkan sebelum akhir bulan Jun ini.
"Telah diputuskan, di mana kawasannya dan telah dibeli tanah itu.. dan tender akan keluar selewat-lewatnya akhir bulan ini," jelas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.
MRSM yang akan dibina itu merupakan yang kedua dibina selepas sebuah MRSM khas untuk anak-anak anggota polis telah dibina di Kulim, Kedah. -Kedahnews.com