KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO Jumaat lepas, semalam mengesahkan mereka ada menerima tawaran menyertai parti-parti politik tertentu.
“Kami ada menerima banyak tawaran secara tidak rasmi dari parti-parti politik yang mempelawa sertai mereka tetapi semua ini perlu difikirkan secara mendalam.
“Saya dan Mukhriz akan membuat keputusan yang amat besar dalam sejarah hidup kami,” katanya dalam sidang media yang turut dihadiri Mukhriz, di sini.
Muhyiddin berkata, mereka berhasrat meneruskan perjuangan politik mereka menerusi platform politik baharu.
Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menyatakan secara terperinci mengenai platfom baharu itu, sama ada menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu.
Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata pada masa ini beliau dan Mukhriz masih mengadakan perbincangan dan sedang mendapat pandangan pelbagai pihak untuk menentukan hala tuju mereka dalam politik.
Jumaat lepas, Majlis Tertinggi UMNO memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz daripada parti itu, dan menggantung keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ditanya tempoh masa untuk menentukan platform baharu itu, Muhyiddin bagaimana pun tidak dapat menyatakannya kerana perlu memikirkan secara mendalam dalam konteks negara pada hari ini.
“Kalau setakat tubuh parti baharu, hari ini pun boleh tubuh, tapi ia bukan hanya soal tubuh parti, ini bukan sebab saya atau Mukhriz, ini soal negara, apa nak difikirkan adalah hala tuju negara,” katanya. – BERNAMA