Leftenan Kolonel Cristobal Julian Paolo "Tiny" Perez |
ZAMBOANGA - Pegawai kanan tentera Filipina terbunuh di luar kediamannya di selatan negara itu, pada Ahad telah mengetuai pelbagai operasi menentang kumpulan Abu Sayyaf antara 2000 hingga 2004.
"Jika saya menyerang, buru saya, Jika saya goyah, desak saya. Jika saya berundur, bunuh saya."
Demikian adalah antara kata-kata yang sering dilafazkan Leftenan Kolonel Cristobal Julian Paolo "Tiny" Perez ketika bertugas di medan perang.
Perez diisytiharkan sebagai musuh utama kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Basilan.
Operasi yang diketuainya selama empat tahun sebelum ini telah mengakibatkan sejumlah anggota Abu Sayyaf terbunuh.
Pada Isnin, Perez, 46 telah ditembak lelaki yang menaiki motosikal di luar kediamannya di Persiaran Buenbrazo di Barangay Guiwan di sini.
Polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan.
Perez yang bertugas di Pulacan pulang ke rumahnya bagi meraikan sambutan Hari Bapa bersama isterinya, May.
Bekas Pesuruhjaya Hak Asasi Kemanusiaan, Jose Manuel Mamauag berkata, Perez begitu bersungguh untuk memastikan anggotanya mengikut kelas hak kemanusiaan.
"Beliau adalah penyokong hak asasi kemanusiaan dalam uniform tentera," katanya. - Philippine Daily Inquirer