Nenek 79 Tahun Ditahan Lakukan Seks Di Tempat Awam

Gambar Hiasan
SEORANG nenek berusia 79 tahun menjadi antara pesalah laku paling tua pernah ditahan polis di London, United Kingdom atas dakwaan melakukan hubungan seks di tempat awam.

Alicia Brown ditahan selepas beberapa pengunjung sebuah taman rekreasi menghubungi polis kerana terkejut melihat aksi tidak senonohnya bersama kekasih, William Knowles, 54; baru-baru ini.

Menurut saksi, William berada dalam keadaan separuh bogel ketika ditahan di Rush Common Park, Brixton Hill.

Kedua-dua mereka dipercayai sedang mabuk ketika ditahan atas kesalahan melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat awam.

Susulan itu William dijatuhi hukuman penjara dua bulan sementara wanita warga emas berkenaan berada di bawah pengawasan parol selama 30 bulan. – Kedahnews.com